➡ Click here: Lafazkan kalimah cintamu kepala bergetar
Qila tengok mama makan sikit aje. Sebaik sahaja Mak Kiah hendak melangkah ke dapur dia mendengar suara Tengku Aqilah memanggilnya. Dia memacu laju langkahnya keluar dari rumah itu.
Yang kau tercegat dekat situ lagi buat apa. Mama tak mampu untuk terus berada di sisimu sayang. Sebelum menghembuskan nafas xi terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Wajah Tengku Ryan Ameer terus berubah merah. Dia jadi janda macam tu aje Tasha. Habiskan masa dengan mama sebab mama sayang sangat Qila. Tanpa membuang masa Tengku Aqilah terus mendaki anak tangga.
Reena lupa janji kita... Tengku Aqilah menjengukkan sedikit kepalanya. Sebuah drama terbitan Radius One Sdn Bhd, hasil karya Shahrulezad Mohameddin.
Lafazkan Kalimah CintaMu - Kira selalu membuli Suri.
Hish Mak Kiah ni, terhegeh-hegeh! Tasha dah lapar sangat ni! Mak Kiah yang mendengar suara anak kesayangan Tengku Hisham itu terkocoh-kocoh menyendukkan nasi panas ke dalam bekas nasi. Tasha tak panggil Qila makan sama? Mak Kiah macam tak tahu pulak, bukan ke papa tak kasi dia makan sekali di meja ini. Sebaik sahaja Mak Kiah hendak melangkah ke dapur dia mendengar suara Tengku Aqilah memanggilnya. Tenang sungguh mendengar suara kecil itu, serasa seluruh kasih sudah tertumpah hanya buat si comel itu. Qila nak makan dengan mama... Nanti Mak Kiah bawa naik atas. Mak Kiah tahu memang hari-hari pun Qila makan dengan mama kan? Sempat lagi dia membelai rambut ikal Tengku Aqilah sebelum berlalu ke dapur untuk mengangkat hidangan ke bilik Puan Azreena di atas. Tengku Aqilah baru hendak mendaki anak tangga pertama terus berpusing memandang kakaknya Tengku Natasha. Jom kita makan sekali dengan mama. Namun perlawaan Tengku Aqilah itu mengundang kemarahan kakaknya. Pinggan makannya terus didorong dengan kuat ke tepi hingga berdeting bunyinya bila berlaga dengan pinggan lauk yang lain. Nasib baik saja tidak pecah. Kalau kau nak makan dengan mama, kau pergilah makan, jangan nak ajak-ajak aku! Dengan bilik bau busuk macam tu, kencing berak dalam pampers, geli tahu tak? Hish, hilang dah selera aku nak makan. Dah tepilah menyakitkan hati aje. Kalau papa ada tadi dah lama dia tampar mulut celopar kau tu! Tak serik-serik kena tarik telinga tadi! Nasib baik Tengku Aqilah sempat memaut pemegang tangga jika tidak pasti dia akan jatuh tergolek. Tengku Natasha terus mendaki anak tangga sambil menghentak-hentakkan kakinya. Marah sungguh dia bila Tengku Aqilah mengajak dia untuk makan sekali dengan mamanya. Lama juga rasanya dia tidak menjenguk bilik mamanya. Selalunya Tengku Natasha hanya akan menjengah mamanya bila papanya ada di dalam bilik itu, semata-mata mahu berlakon di depan papanya yang dia seorang anak yang baik dan bertanggungjawab kononnya. Terkedu Tengku Aqilah mendengar kata-kata kakaknya itu. Mak Kiah yang muncul bersama hidangan terus memberi isyarat agar Tengku Aqilah naik ke atas bersamanya, namun Tengku Aqilah masih lagi terkaku. Tanpa membuang masa Tengku Aqilah terus mendaki anak tangga. Jauh di sudut hatinya dia benar-benar terluka dengan kata-kata kakaknya pada mama kesayangannya itu. Pintu bilik mamanya dikuak dari luar. Tengku Aqilah menjengukkan sedikit kepalanya. Kesian mama, mesti mama dah lapar. Mak Kiah hanya mengangguk. Dulang hidangannya diletakkan di atad meja. Mak Kiah pun geli macam Kak Tasha ke, sebab mama pakai pampers? Tangan mamanya diusap-usap lembut. Mata Mak Kiah mula berkaca, bibirnya diketap menahan hiba. Mak Kiah tak geli, cuma Mak Kiah nak bagi peluang untuk Qila makan berdua dengan mama. Habiskan masa dengan mama sebab mama sayang sangat Qila. Walaupun Qila masih kecil tapi Qila seorang anak yang bijak dan bertanggungjawab, bertuah mama Qila dapat anak macam Qila... Lama wajah Tengku Aqilah direnung. Bangun ma, kita makan. Puan Azreena menyeka air mata yang mengalir di pelupuk matanya yang disangka Tengku Aqilah sedang tidur itu. Sorry sayang mama tertidur tadi. Tengku Aqilah terys membetulkan kedudukan mamanya agar selesa untuk mamanya makan. Kepala mamanya dialas dengan dua biji bantal agar tinggi sedikit. Qila suapkan mama bubur ya, buka mulut ma. Hakikatnya Puan Azreena terasa bagaikan ada bara api yang tersekat di kerongkongnya, pedih, sakit. Namun demi untuk tidak menghampakan anak kesayangannya dia gagahkan jua untuk menjamah makanan. Mak Kiah masak bubur. Sebaik sudu mencecah sekali lagi ke mulutnya, Puan Azreena terus menggeleng. Qila makan pulak ya, mama teman. Dia menyudukan pula air suam ke mulut mamanya. Qila tengok mama makan sikit aje. Dengan tangan kiri yang terketar-ketar dia menggagahkan juga untuk memegang tangan puteri kesayangannya yang masih terkaku di sebelahnya bersama mangkuk bubur di pangkuan. Tengku Aqilah hanya mengangguk perlahan, kemudian dia terus bangkit dan menuju ke meja hidangan. Selepas mengambil nasi dan lauk, Tengku Aqilah kembali bersimpuh di sebelah mamanya dan dengan penuh berselera dia menjamah makan malamnya. Puan Azreena tersenyum memandang anak bongsunya itu, namun makin lama wajah itu direnung, makin hiba hatinya. Walau tiada lagi jeritan yang mampu untuk dilontarkan namun getaran pada nada suaranya cukup menunjukkan pada suaminya yang dia amat kecewa atas perbuatan suaminya pada anak bongsu mereka. Oh, jadi tadi anak kesayangan awak tu masuk bilik ni mengadulah ya? Dah pandai mengadu sekarang. Dasar anak tak sedar dek untung! Dah 10 tahun bang. Tak habis lagi benci abang pada dia... Terimalah qada dan qadar Tuhan bang. Kita orang Islam, kita harus percaya pada takdir. Apa ingat abang dah tak ada iman? Dia tak berdosa, dia tak pernah mintak untuk dilahirkan ke dunia ni, tapi segalanya telah ditetapkan di Loh Mahfuz lagi. Jadi siapa kita untuk menghalangnya. Tangan suaminya yang berada di dalam genggamannya sedari tadi makin dieratkan. Tengku Hisham terus menarik tangannya, dia bangkit dari katil lalu bergerak ke tingkap. Lama dia merenung malam yang gelap-gelita tanpa bintang mahupun bulan yang menyuluhkan sinarannya kala itu. Adakah bulan dan bintang juga merajuk seperti hatiku ini? Satu keluhan dilepaskan, kepalanya digeleng. Menderita kehilangan Reena sebelum waktunya. Setiap hari hati ini merintih melihat penderitaan sayang. Reena tahukan betapa abang sayangkan Reena, sayang sangat... Tapi abang tak mampu untuk membantu Reena. Dia terus berpusing memandang isterinya. Sesekali kedengaran sedu-sedan Puan Azreena. Semuanya dah terlambat Reena, kalau dulu Reena dengar cakap abang untuk buat pembedahan dengan segera semua ini mungkin akan dapat diselamatkan... Tapi sekarang tengoklah, penyakit barah itu dah mematikan seluruh sel-sel badan Reena. Kesudahannya Reena sudah tidak mampu bergerak lagi, lumpuh. Tubuh Reena jadi kaku hanya untuk menyelamatkan satu zuriat. Reena sanggup menggadaikan nyawa sendiri, Reena lupa cinta kita... Reena lupa janji kita... Wajahnya diusap berkali-kali, kecewa sungguh kedengaran suaranya.. Reena pun kalau boleh tak nak penyakit ni bang. Reena yang tanggung, Reena yang rasa kesakitannya... Tapi kita tak mampu untuk menghalangnya. Segalanya sudah tersurat bang, dah tersurat. Reena hanya pasrah dari mula hingga sekarang. Reena biarkan virus barah itu merebak Sebaik budak itu dilahirkan bermulalah penderitaan Reena. Seluruh tubuh Reena lemah, terlalu lemah dan sekarang ni Reena dah tak mampu bergerak lagi. Apa Reena dapat sekarang? Apa yang dia boleh tolong? Apa yang istimewa sangat dengan kelahiran dia? Bukan saja Reena makin sakit tahu tak, business abang pun dah nak lingkup gara-gara budak tu. Dasar budak bawak sial!!! Mana iman abang ni? Ya Allah, apa dah jadi dengan abang ni? Dadanya dirasakan bagai hendak pecah. Nafasnya sudah mula tersekat-sekat. Aku malas nak cerita pasal ni lagi! Buat sakit hati aje. Sakit hati, tahu tak! Esakan Puan Azreena sudah makin tenggelam timbul akibat dihimpit kesedihan yang teramat di kala ini. Tersentak Puan Azreena dibuatnya. Segala pertengkaran yang berlaku selepas Maghrib tadi dengan suaminya hilang melayang bagai ditiup bayu malam. Qila picit mama ya? Mama tidurlah, Qila ada sini teman mama. Lincah tangan si comel memicit kaki mamanya itu. Wajah anak bongsunya dipandang, lama. Sudah tidak tertanggung kesakitan ini, Ya Allah. Namun bukan itu yang aku runsingkan. Lihatlah si comel ku itu, bagaimana suci wajahnya, begitulah suci hatinya. Walaupun kelak mama tiada di sisimu, mama sentiasa mendoakan kebahagiaanmu sayang... Mama tak mampu untuk terus berada di sisimu sayang.. Ya Allah, peliharalah anakku, curahkanlah kasih sayang padanya kerana dia tiada sesiapa selain-Mu. Langsir tingkap melayang-layang ditiup angin. Tengku Aqilah pantas menutup tingkap. Dengan penuh hati-hati dia menyelimutkan mamanya. Tengku Aqilah mendekati mamanya, dahi mamanya dicium penuh kasih. Qila dah selimutkan mama. Mama tak sejuk lagi. Qila akan sentiasa jaga mama. Melihat mamanya yang sudah lena itu dia terus melangkah ke pintu namun entah mengapa malam itu hatinya tiba-tiba menjadi tidak keruan. Berat sungguh kakinya hendak meninggalkan mamanya seorang diri tapi bila memikirkan papanya yang akan pulang pada bila-bila masa saja lagi dia melangkah jua untuk meninggalkan kamar itu. Sebaik tangannya memulas tombol pintu, dia terus berpusing semula dan berlari ke arah mamanya. Pipi mamanya dicium sepenuh hati. Lama dia mendakap tubuh uzur mamanya itu. Maaf jika ada tersalah taip..